fbpx

Kuih Tiram Versi Moden. Buat Warna Warni, Jadi lah Kuih Tiram Jelita. Cantik Betul Kejadiannya.

iCookAsia

Kuih tiram atau sesetengah orang memanggil kuih lidah buaya. Kuih yang berasal daripada Sabah ini, secara tradisinya ianya berwarna kuning keemasan. Tetapi, maklumlah. Sekarang ini, banyak makanan tradisional sudah diubah secara moden nya. Seperti pengguna Facebook ini, yang membuat kuih lidah buaya ini menjadi warna warni. Cantik betul kan?

Terima kasih Nur Shahidar Amsyar untuk perkongsian resipi Kuih Tiram Jelita ini 🙂

Bahan-bahan:

500 Gram Tepung Gandum

1 biji Telur

200 ml Air/ Secukupnya

Garam

Sapuan

7 Sudu Minyak Masak

7 Sudu Tepung Jagung

Cara membuat:
1. Bancuh semua bahan hingga sebati (ketepikan).
2. Uli sehingga doh licin.


3. Kalau nak buat warna bahagikan doh dan letak warna. Kalau tak mahu guna doh plain je.


4. Canai hingga nipis dan sapu sapuan tadi bagi rata elok. Setiap layer kena sapu sapuan. Layer selang seli dengan doh berwarna. Gulung kemas-kemas. Potong serong nipis-nipis. Gelekkan bagi nipis.


5. Goreng dengan minyak sederhana panas. Sejukkan dan gaul gula kastor atau gula halus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Shahidar Amsyar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x