fbpx

Kuih Tradisi, Kuih Lopes Pulut. Sedap Di Makan Sejuk-Sejuk, Selepas Berbuka Atau Moreh. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka akan kuih-muih yang tradisional. Contohnya, Kuih Lapis, Kuih Karipap, Onde-Onde, Kuih Lopes Pulut dan sebagainya. Sebut tentang Kuih Lopes Pulut, Admin ingin berkongsikan satu resepi Kuih Lopes Pulut daripada seorang pengguna Facebook ini dimana yang menariknya beliau membuat kuih ini dengan bentuk hati. Menggunakan Acuan Tekap sendiri dan kukus. Menarik kan? Jom buat mengikut kreativiti kita sendiri? 

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Kuih Lopes Pulut ini 🙂

Bahan A:

2 cawan pulut (rendam 30 minit)

1 cawan santan cair

1 cawan air daun pandan 

1 cawan air biasa

Sedikit gula/garam

2~3 helai daun pandan (disimpul)

Pewarna hijau

Kelapa parut (kukus sebentar dan masukkan sedikit garam)

Air Gula Melaka:

Masaklah gula melaka dan gula putih bersama-sama air (ikut pekat yang diinginkan) dan daun pandan sehingga hancur. Manis ikut tekak sendiri dan kemudian, tapislah dulu.

Cara membuat:

  1. Cuci bersih pulut dan toskan airnya. 
  2. Gaulkan pulut  bersama-sama bahan A dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus seperti biasa, lebih kurang 35 minit atau sehingga masak. Boleh buka dan kacau-kacau untuk sebatikan. 
  3. Setelah masak, gaul lagi supaya sebati dan sejukkan sebentar. Kemudian masukkan ke dalam bekas leper. Ratakan supaya kejap dan jangan terlalu tebal. Tekaplah dengan acuan ikut citarasa anda. 
  4. Gaul dengan kelapa parut dan ulanglah sehingga habis adunan pulut tadi. Hidangkan pulut  bersama-sama air gula melaka tadi. 

*Lopes ni boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x