fbpx

Laksa Ala D’Laksa Aeon, Sedapnya Tak Boleh Bincang.

iCookAsia

Admin tahu ramai peminat laksa terutama D’Laksa Aeon kan? Keenakannya memang tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi apabila terbau haruman semerbak kuahnya saat menjejakkan kaki ke dalam sana.

Berbeza seperti laksa utara, adunan kuahnya dihiasi dengan ketulan isi ikan kasar, nanas dan pelbagai lagi pelengkap hidangan. Memang power. Jika mahu ubah selera, tukar sahaja mee laksa kepada bebola ikan sebagai kudapan. Resipi ini untuk hidangan tiga ke empat orang.

 

Bahan :

2 tin kecil sardin (1 tin kisar, 1 tin lenyek kasar)

Pes asam pedas adabi

Bawang besar

1/2 biji Bawang holland

Asam keping

Belacan

Daun kesum

Bunga kantan

Bebola ikan (pilihan)

Laksa basah

Cara :

1. Kisar satu tin sardin, pes asam pedas, bawang dan belacan. (nak lagi power, boleh juga kisar sekali dengan nanas).

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Reneh ikut kepekatan kuah yang disukai. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Masukkan juga sos atau kuah sardin mengikut selera masing-masing. Kalau suka rasa ikan yang kuat, boleh masukkan semua. Cuba masukkan sedikit demi sedikit dahulu, takut hanyir.

4. Akhir sekali, masukkan bebola ikan. Petis udang terpulang mengikut selera. Nak masukkan nanas dan daun pudina pon boleh.

Sumber : Sharifah Zuhaiza

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x