in , , ,

Laksa Johor, Pekena Dengan Ikan Masin. Memang Padu. Sedap Lain Macam.

Kalau sebut pasal Laksa Johor, apa yang terbayang mestilah mee spaghetti dan kuahnya yang pekat mengancam. Makan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, menyelerakan sungguh. Kalau orang Johor, selalunya laksa akan dimakan menggunakan tangan, barulah ada umphhh.

Tapi resipi Laksa Johor perkongsian Yatti Omar kali ini menambah ikan masin sebagai penyempurna hidangan. Korang cubalah, mesti bertambah.

 

Bahan :

1 paket Spaghetti / Mee laksa

1 kg Ikan kembung / tenggiri – untuk hidangan tiga orang

3/4 cawan Rempah kari – terpulang kari apa

1/2 cawan Cili kisar

3/4 cawan Udang kering – kisar

2 cawan Santan pekat

3 cawan Air

1 sb Kerisik

Garam

 

Bahan kisar :

5 batang serai

2 inci halia

2 inci lengkuas

5 biji bawang besar

Cara :

  1. Bersihkan ikan dan kukus. Asingkan isi ikan dan tulang. Air kukusan jangan dibuang kerana isi ikan akan dikisar bersama air kukusan. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu masukkan rempah kari dan tumis. Masukkan setengah cawan air dan masak lagi dalam lima minit.
  3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  4. Apabila minyak sudah naik, masukkan ikan yang dikisar tadi dan kacau sebati. Masukkan lagi tiga cawan air dan dua cawan santan.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Ulam ulam :

Timun

Taugeh

Daun kesum/daun selasih

Kacang panjang

Limau kasturi

 

Sambal Belacan :

5 bj Cili merah

3 bj Cili padi

1 inci belacan – dibakar dulu.

Sedikit asam jawa.

Sedikit gula dan garam.

 

Cara :

  1. Tumbuk atau kisar semua bahan.

 

Cara makan :

  1. Masukkan semua bahan dan akhir sekali makan dengan ikan masin goreng. Memang power.

Kredit resipi & foto : Yatti Omar

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0