fbpx

Laksam Zaman Hipster. Buat Warna Warni Ikut Suka Hati. Baru Nampak Meriah Hidangan Ni.

iCookAsia

Menu Laksam ini tidak ramai yang makan tetapi rasanya betul-betul sedap. Susah juga nak cari yang jual di tepi jalan. Jadi, bila dah susah nak cari tu, apa kata kita belajar buat Laksam ini. 

Yang berlainannya Laksam ini, laksam ini berwarna-warni. Ala ala modern dan hipster macam tu. Menarik betul rupanya. Jom cuba!

Terima kasih Ada Suhaq untuk perkongsian resipi Laksam ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

5 cawan air suam

1/2 sudu kecil garam

3 sudu makan minyak masak

Caranya: 

  1. Campurkan semua bahan sampai sebati dan tiada ketul-ketul.
  2. Selepas itu, kalau nak letakkan warna boleh asingkan dalam bekas yang lain. 

Bahan untuk membuat kuah:

1kg ikan sardin/selayang (atau apa-apa ikan yang sesuai)

7-8 biji Bawang merah (bawang putih tak perlu. Optional)

Lada hitam sesudu

Asam keping

Garam sesedap rasa

Gula sesedap rasa

Belacan

Gula melaka/ nisang

Santan kara sekotak besar

Cara penyediaan:

  1. Ikan direbus bersama dengan garam, asam keping dan Gula melaka.
  2. Selepas itu, perisi dan kisar sekali dengan air rebusan ikan, bawang merah dan Lada hitam.
  3. Masak sekali dengan santan. Campurkan air sedikit. 
  4. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam. Sudah masak, tutup api.
  5. Kukus laksam menggunakan api besar. Agak-agak gelembung dalam 4 ke 5 minit, sudah masak lah tu. Tunggu suam sedikit, baru gulung.

*Sapu minyak pada loyang sebelum letakkan bancuhan tepung. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ada Suhaq (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x