Buat penggemar Seafood, sudah pasti anda akan tertarik dengan mana-mana lauk yang menggunakan Sotong kan? Bukan itu sahaja, kalau anda nikmati hidangan Nasi Lemak, sambal tambahan pasti anda suka, seperti Sambal Sotong, Sambal Udang dan lain-lain.
Disebabkan musim PKP ini tak dapat beli Nasi Lemak di luar, gerai tepi jalan. Jom buat sendiri. Bukan dengan Nasi Lemak je sedap tau, dengan Nasi Putih panas-panas pun confirm menyelerakan.
Terima kasih kakwan_ct untuk perkongsian resipi Sambal Sotong ini 🙂
Bahan-bahan:
500 gm sotong
1 biji Bawang besar, potong bulat
Bahan tumis:
1 biji bawang merah besar, kisar
2 ulas bawang putih, kisar
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 cawan Minyak Masak
Cara memasak:
- Sotong di potong bulat.
- Masak air hingga mendidih. Kemudian, masuk sotong dan celur sebentar. Bila kulit sotong tegang, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan sedikit air dan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam, gula dan kicap manis. Reneh sebentar hingga sambal hampir pekat.
- Masukkan potongan bawang besar, gaul rata.
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul rata.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: kakwan_ct (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos