in ,

Lauk Udang Masak Masam Manis. Kalau Lapar Sangat, Boleh Je Buat Cara Ni. Confirm Perut Kenyang.

Nak membeli bahan udang ni kena berkira sikit kan. Kena cari yang betul-betul segar di pasar supaya udang tidaklah berbau hanyir dan masakan pun lagi bertambah sedap. Bila dah dapat yang fresh, apa lagi. Masak la Udang Masam Manis ni.

Masakan yang jarang dibuat orang, tapi rasanya sangat enak. Kalau nak tahu apa rasanya, jom la cuba masak!

Terima kasih Siti Fatimah untuk perkongsian resipi Udang Masam Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

7 ekor udang besar

Cili kering 2-3 sudu besar

Bawang kecil 3 ulas

Bawang putih 2 ulas

*Semua bahan diatas blend

Sedikit air asam

Sedikit sos cili

Sedikit kicap manis

Sedikit halia hiris nipis untuk tumis

Pati ayam setengah ketul

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit daun kari

Sedikit daun bawang

Cili padi 6 biji

Sebiji bawang besar untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Tumiskan  halia dengan bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan udang, air asam jawa, cili sos, kicap manis, pati ayam, gula dan garam masak sampai kuah pekat.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, daun kari, daun bawang dan cili padi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0