fbpx

Lemang Air Fryer Step by Step. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Tiada yang mampu melawan keenakan lemang yang dibakar secara tradisional, namun ada kalanya kita perlu berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Jadi untuk mengubat kerinduan di kampung halaman dan suasana sibuk malam Ramadan bersama ibu bapa di kampung, apa kata cuba resipi Lemang Air Fryer ini.

 

“Saya nak share buat lemang af (air fryer).
6 tin kosong (buang bghn atas)
18 sudu makan pukut(3 sudu makan X 6 tin pulut)
santan beli Rm5.”

Cara :

1. Potong tin mengikut ketinggian air fryer masing-masing. Masukkan daun pisang.

2. Setiap tin masukkan anggaran tiga sudu makan pulut dan masukkan santan atas sedikit dari permukaan pulut (pastikan pulut direndam 1/2 jam dengan air, selepas itu toskan dan rendam pula dengan santan. Perasakan dengan garam).

3. Masukkan dalam air fryer. Kalau tiada air fryer boleh kukus atau bakar di dalam oven. Langkah satu, suhu 160 darjah selama 30 minit. Langkah kedua suhu 180 darjah selama 15 minit. Jika mahu garing, boleh tambahkan masa.

4. Pada Langkah kedua, tambah lagi santan dan cucukkan dengan tangkai sudu supaya santan serasi dengan pulut.

5. Masa nak keluarkan dari tin, hentak-hentak manja dahulu dan baru keluarkan.

6. Tips jika mahu mengukus lemang, kukus dalam anggaran 30 hingga 45 minit.

Sumber : Cik Gu Eyna

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x