fbpx

Lobak Masin Homemade. Sedapnya Makan Dengan Bubur Nasi

iCookAsia

Lobak masin ini memang banyak kegunaannya dalam masakan. Tidak susah pun untuk menjeruk lobak, ikut langkah yang dikongsikan.

Bahan :
1kg isi lobak putih (bersihkan dan potong)
200 gm Garam kasar
½ cawan Cuka mkn
250 gm Gula

Cara  :
1. Rendam lobak sejam sebelum masak. Sejat. Potong nipis dan goreng garing. Sediakan besen yang bersih dan bubuh garam

2. Ramas garam dengan lobak sehingga rata

3. Biarkan satu malam

4. Keesokkan harinya, jerang 400 ml air dan masukkan cuka dan gula.

5. Bila sudah mendidih, tuangkan ke dalam besen yang terdapat lobak dan gaul segera hingga rata

6. Biarkan 3 hari lagi

7. Kemudian toskan. Masukkan dalam bidai dan jemur beberapa hari hingga kering dan bertukar warna.

8. Simpan dalam bekas kedap udara untuk elak berkulat selepas dah di jemur kering dan bertukar warna kekuningan.

Sumber : Intan Izaida

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x