Harus diakui lobak putih cukup berkhasiat untuk tubuh badan lebih-lebih lagi kepada ibu yang sedang menyusukan anak. Selalunya wanita dalam pantang disarankan mengamalkan makan lobak putih untuk menambah pengeluaran susu badan.
Malah sup lobak putih juga berupaya mengubati sakit buah pinggang dan masalah ketidakhadaman. Petua untuk menghilangkan rasa pahit ialah dengan menambah lebih rencah dalam masakan
Bahan :
1 batang Lobak Putih – buang kulit, belah dua dan potong ikut ketebalan yang disukai
3 labu Bawang kecil
2 ulas Bawang putih
Ikan bilis
1 sk Lada hitam
Cara :
- Tumbuk semua bahan kecuali lobak putih.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Selepas itu masukkan lobak putih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
- Masukkan sedikit air dan kacau sebati sehingga layu dan masak.
Kredit resipi & foto : Izarizayu Idris