in

Maggi Goreng Mamak Cara Orang Bujang

Nak pergi restoran mamak, rasa malas la pula. Tapi perut dah lama mengidam nak makan Maggi Goreng Mamak. Buat sendiri saja di rumah. Mudah dan cepat!

Bahan-bahan:

Mee segera – 2 Paket
Sawi
Lobak Merah
Kobis
Bawang Putih – 3 Ulas
Bawang Merah – ¼ Biji
Fishcake – 1 Keping
Telur – 2 Biji
Isi Ayam – 400gm
Sos Cili – 4 Sudu Besar
Kicap manis – 4 Sudu Besar
Garam – 2 Sudu Kecil
Minyak Masak

Bahan Kisar:
Bawang Merah – 1 Biji
Cili Kering – 200gm

Cara membuat:

1. Rebus mee segera selama 2 minit kemudian toskan.
2. Panaskan minyak ke dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk halus dan juga bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan goreng sedikit ,masukkan sedikit air dan biar sehingga ayam masak.
4. Masukkan cili kisar dan gaul rata
5. Kemudian masukkan lobak merah, batang sawi dan kobis dan kacau sehingga rata.
6. Selepas itu masukkan pula kicap manis, sos cili dan juga garam, dan kacau sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan mee segera yang sudah direbus, kacau sehingga rata dan masukkan fishcake.
8. Selepas itu masukkan telur dan kacau beberapa minit sehingga semua bahan sebati.
9. Hidangkan bersama perahan limau nipis untuk lebih rasa sedap.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0