MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan:2 sudu besar minyak1 biji bawang besar Holland, didadu2 ulas bawang putih, ditumbuk halus200g daging cincang2 sudu besar ADABI rempah kari daging¼ cili benggala merah, didadu¼ cili benggala hijau, didadu¼ cawan air130g makaroni, direbus 100g keju cheddar, diparutGaram, serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan Sos3 sudu besar ADABI Seafood Flavoured Sauce150g ADABI sos pasta1 sudu besar ADABI sos cili
Bahan Sos Putih30 g mentega20g tepung gandum300 ml susu segarGaram, serbuk lada sulah secukup rasa
Cara membuat:
-
Potong cili benggala merah, cili benggala, bawang besar dan bawang putih.
-
Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu.
-
Masukkan bawang putih, kacau sehingga harum.
-
Masukkan daging dan rempah kari. Gaul sehingga separuh masak.
-
Tambah bahan sos, kacau rata.
-
Masukkan cili benggala merah, cili benggala hijau, air, garam dan serbuk lada hitam.
-
Kacau sehingga masak, angkat.
-
Untuk Sos Putih: Cairkan mentega di dalam periuk.
-
Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
-
Masukkan susu dan kacau sehingga pekat.
-
Tambah garam dan serbuk lada sulah.
-
Masukkan inti ke dalam mangkuk. Tambah makaroni dan sos putih.
-
Parutkan separuh makaroni. Gaulkan rata.
-
Ratakan di dalam mangkuk kaserol. Parutkan baki keju di atasnya.
-
Bakar pada suhu 180°C selama 12-15 minit atau sehingga permukaannya keperangan.