fbpx

Makaroni Keju Bakar. Ada Resepi Rahsia Untuk Lazatkan Hidangan!

iCookAsia


Makaroni Keju Bakar ini adalah antara makanan yang mudah untuk disediakan. Walaupun step masakannya banyak, namun jangan risau untuk mencuba. Ia bukan sahaja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak.

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan A:
3 liter Air
1 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Garam
250 g Makaroni

Bahan-bahan B:
50 g Mentega
100 g Bawang kuning, dipotong dadu
3 ulas Bawang putih, dicincang
100 g Isi ayam, dipotong dadu
100 g Lobak merah, dipotong dadu
5 biji Cendawan butang, dihiris
3 sudu keci AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
¼ sudu keci Rempah Itali
2 sudu besar Tepung gandum
1 cawan Air
1 cawan Krim masakan
250 g Keju mozzarella, diparut

Cara menyediakan:
1. Didihkan air, perasakan dengan garam dan minyak masak.
2. Masukkan makaroni dan didihkan sehingga masak, tapis dan ketepikan.
3. Cairkan mentegas, kacau goreng bawang kuning dan bawang putih sehingga sedikit keperangan.
4. Masukkan isi ayam, goreng sehingga sedikit keperangan.
5. Masukkan lobak merah dan cendawan butang, goreng sehingga masak.
6. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan rempah Itali. Bahan rahsia ini mampu menambahkan lagi kelazatan hidangan.
7. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
8. Masukkan air, krim masakan dan separuh daripada keju mozzarella. Didihkan sehingga pekat.
9. Masukkan makaroni yang telah di masak dan kacau sebati.
10. Taburkan lebihan keju mozzarella.
11. Bakar pada suhu 180°c selama 15 min.
12. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!
_____________________________________
Beli barang dapur online dengan mudah!:

1. Tempered Glass Stove: https://invol.co/clhmsb
2. Microwave: https://invol.co/clhmse
3. Oven: https://invol.co/clhmsi
4. Cake Mixer: https://invol.co/clhmsm
5. Pressure Cooker: https://invol.co/clhmsr
_____________________________________

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x