fbpx

Martabak Mudah Sempena Bulan Ramadan

iCookAsia

Martabak memang sinonim pada bulan Ramadan. Tambah-tambah di Bazar Ramadan mesti penuh saja kedainya sampai beratur! Apakata kita cuba buat martabak ni..

Bahan-bahan
– 3 1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar minyak masak
– 2 sudu besar susu pekat
– 1/4 sudu kecil garam
– 1 sudu besar marjerin
– 1 cawan air
– 2 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 300g isi ayam
– 4 sudu besar serbuk kari
– Garam
– Gula

Cara Membuat
1. Mula-mula masukkan tepung gandum, minyak masak, susu pekat, garam, marjerin dan air kedalam mangkuk besar. Ulikan sehingga menjadi doh
2. Kemudian rehatkan doh sebentar.
3. Selepas itu, potongkan kepada beberapa bahagian, bentukkan menjadi bulat dan perapkan sebentar dalam minyak selama 2 jam
4. Seterusnya, panaskan minyak tumiskan bawang besar,bawang putih sehingga layu, masukkan isi ayam. Masak sehingga ayam sedikit masak
5. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaul sebati
6. Masukkan garam, gula, gaul rata
7. Bila inti dah suam, campurkan dengan telur, kacau sebati
8. Ambilkan doh dan lenyekkan leper, letakkan inti di tengah doh lipatkan menjadi segi empat.
9. Gorengkan martabak
10. Selamat mencuba

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x