fbpx

Masak Rendang Daging Dengan Mudah. 1-2 Jam Je, Dah Siap!

iCookAsia

Ada yang masih dalam mood beraya lagi? Teringin nak belajar masak Rendang Daging? Nak buat rendang ni, kita perlukan dapur gas yang sesuai. Supaya proses memasak berjalan dengan lancar dan selesa. Jika memasak lauk Rendang ini sukar buat anda, kini tidak lagi dengan adanya keluaran dapur gas terbaharu daripada Rinnai, iaitu Flexi Hob Series.

RESEPI RENDANG DAGING

Bahan-bahan kisar halus:
7-8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
10-15 tangkai cili kering
Sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besarl biji jintan putih
1 sudu besar biji jintan manis

Bahan-bahan lain:
2 cawan minyak masak
400gram daging lembu
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keeping asam keping
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
Gula/gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar semua bahan kisar halus.
2. Sangai bahan bahan sangai. (Jangan terlalu lama untuk elakkan hangit). Kemudian, tumbuk bahan sangai tadi (Tidak perlu terlalu halus).
3. Panaskan minyak dan letakkan bahan kisar halus. Biarkan bahan pecah minyak dan garing/masak.
4. Letakkan daging yang dipotong dadu besar.
5. Letakkan santan cair. Biarkan ia kering lebih kurang dalam satu jam/sehingga kering. Sentiasa gaul bahan tersebut untuk mengelakkan bahan hangit.
6. Letakkan santan pekat, asam keeping, kerisik, daun limau purut yang dicarit, daun kunyit yang dihiris halus.
7. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa

Tak perlu pening kepala nak gantikan dapur gas lama, sebab dengan saiz dan bentuk Rinnai Flexi Hob Series ini, ianya begitu fleksibel dan mempunyai kaki getah pada bawah dapur gas.

Bukan itu sahaja, proses memasak menjadi lebih mudah dengan ciri-ciri seperti:
1. Pembakar yang bertutup (Sealed Burner) yang boleh mengurangkan masa dan tenaga untuk mencuci selepas memasak,
2. Alat keselamatan (Safety Device) untuk mengawal api ketika memasak, juga periuk tidak mudah bergerak.
3. Penetapan api serbaguna (Versatile Flame Setting with Simmer Control) yang sangat sesuai untuk masakan Asia yang memerlukan api yang kuat dengan tempoh yang lama.

Jom dapatkan Rinnai Flexi Hob Series yang serbaguna ini di – http://bit.ly/flexi-hob-series

#RinnaiMalaysia #RinnaiFlexiHob #Rinnai100Years

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x