fbpx

Masak Singgang Daging Ala Kelantan. Resepi Paling Mudah Dan Sedap.

iCookAsia

Masakan singgang ini tidaklah begitu popular. Tetapi, masakan singgang ini popular dengan menggunakan ikan. Ayam, atau daging jarang sangatlah. Kalau terkenal pun, hanya pada setiap negeri itu sahaja. Seperti masakan singgang daging ini. Tak ramai yang tahu, tapi rasanya begitu sedap tau! Nak tahu apa rasa, jom la try masak! 

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Singgang Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

½ kg daging lembu segar (potong kecil)

2 inci lengkuas (dihiris)

1 1/2 biji bawang besar/merah (dihiris)

6 ulas bawang putih (hiris/ketuk)

2 inci halia (dihiris)

2 keping asam keping

2 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk)

5 tangkai lada kering

Garam

Secukup rasa

Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Biji ketumbar ditumbuk separuh hancur. Ketuk bawang putih. Hiris atau mayang bawang merah,halia dan lengkuas.
  2. Masukkan daging, asam keping dan kesemua bahan-bahan tumbuk dan hiris tadi ke dalam periuk. Letak air secukupnya dan buka api.
  3. Masak sehingga daging cukup empuk.
  4. Sentiasa tambahkan air jika nampak air mulai kering. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.

5.Guntingkan lada kering dan masukkan ke dalam periuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x