fbpx

Masakan Ayam Paprik Paling Sedap, Boleh Buat Terliur. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Kalau nak cepat and nak hidangan yang sedap, boleh lah cuba resepi ni. Tak rugi. Dahla senang nak buat, sedap pula tu. Confirm bertambah setiap kali makan. 

Jom try.

Terima kasih Hajar Mohd untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Paprik ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 dada ayam (Hiris dan gaul bersama garam serta kunyit)

Bahan B:

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

Sedikit halia (Optional)

Kacang panjang (Dipotong pendek)

Tomato (Dipotong)

Boleh tambah sayur carrot, bunga kobis dan putik jagung jika ada atau suka

Bahan C:

Sos tiram

Sos cili thai

Sos tomato

Sos ikan

(Kuantiti sos semuanya sama banyak)

Tip: Satukan dalam mangkuk dan kacau sebati.boleh letak air sedikit supaya sos tidak melekat pada mangkuk.

2 batang serai  (Diketuk)

Daun limau purut.

Tip: Untuk elak pahit, buang tulang tengah daun limau purut.

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak. Goreng ayam setengah masak. Ini untuk tekstur daging ayam yang lembut. Hanya beberapa minit saja ni. Kemudian asingkan ke mangkuk lain.
  2. Kemudian, minyak goreng ayam tadi kita tumis dengan satu sudu atau dua sudu cili kering kisar. Api perlahan. Sehingga masak atau pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan bawang putih. Tumis sampai wangi.
  4. Masukkan sos campur tadi ke dalam kuali kita.
  5. Tunggu mendidih sambil kacau kacau supaya ketulan sos sekata. Boleh tambah air mengikut level kemahuan kuah lauk anda. Nak tambah perasa pun boleh.
  6. Apabila kuah nampak pekat, masukkan kacang panjang, bawang besar,tomato dan cili api. Kalau tak suka pedas, tak perlu masukkan cili. Nak cepat sayur layu, tutup sekejap kuali.
  7. Masukkan ayam setengah masak tadi. Gaul sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan gaul sebati. Boleh angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hajar Mohd(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x