in

Masakan Paling Unik. Daging Harum Semerbak Ini Menggunakan Daging Batang Pinang.

Anda peminat masakan berasaskan Daging? Pernah cuba tak resepi Daging Harum Semerbak ini? Kalau belum, jom la cuba resepi daripada Chef Lin ni. Yang paling penting, gunakan Santan daripada Saji Malaysia Official pasti hidangan akan bertambah sedap.

Bahan-bahan:
4 sudu besar minyak
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang serai, diketuk
500g daging batang pinang, direbus dan disiat halus
1 kotak (200ml) Santan SAJI
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
20 helai daun selasih
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan kisar:
3 biji cili merah
6 biji cili padi
2 sudu besar pes cili
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara membuat
Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, serai dan bahan kisar.
Kacau sekali-sekala sehingga naik minyak.
Masukkan daging dan santan.
Masak sehingga mendidih.
Tambah bunga kantan dan daun selasih. Kacau.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: Boleh tambah air jika suka kuahnya lebih.

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.