fbpx

Mee Sup Champa Pedas Berasap. Terangkat Habis.

iCookAsia

Masakan dari Kemboja ini memang diakui cukup enak dan sesuai dibuat hidangan petang. Dan sotong kering wajib ada sebagai bahan utama dalam penyediaan kuah sup supaya lebih kick. Namun jika tiada pun tak mengapa.

Sebagai permulaan, daging dan tulang lembu harus direbus dalam masa yang agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ini bagus untuk kesihatan. Sup ini kena dinikmati sewaktu panas-panas tau, terangkat habis.

Sewaktu mencedok kuah, pastikan pakai penapis supaya segala bawang dan rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mee, jadi korang hanya akan dapat kuah yang bersih dan jernih.

 

Bahan :

1 1/2 – 2 kg Daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth

3 liter air

Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* – jika tiada abaikan

4 biji bawang holand* – potong 4

3 biji bawang besar * – potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* – hiris nipis

2 batang Kulit kayu manis*

4 biji Bunga lawang*

Seikat Daun ketumbar

Daun bawang

1/2 cawan Sos ikan

Gula

Garam

Perasa – jika suka

Serbuk lada sulah / Serbuk lada hitam

3 kiub Stok perisa daging

 

Cara :

  1. Untuk mendapatkan bone broth, didihkan air rebusan dahulu dan masukkan daging dan tulang dalam 30 hingga satu jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Masukkan air untuk merebus kembali daging dan tulang tadi, selepas 30 minit, jika air rebusan ada buih dan masih keruh, buang lagi airnya. Masukkan air dalam tiga liter dan rebus kembali tulang dan daging tadi sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.
  2. Sementara menunggu daging empuk, bakar bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih.
  3. Masukkan bahan yang dibakar ke dalam rebusan tulang tadi. Kemudian masukkan sos ikan, daun ketumbar, serbuk lada hitam atau lada sulah, kuib stok perisa daging, garam, perasa dan daun bawang. Rebus menggunakan api perlahan.

 

Bahan Sambal Lada :

4 biji Lada merah besar – rebus

20-30 biji Cili api – rebus

2 ulas Bawang putih – rebus

2 sudu besar Cuka

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Rebus lada merah, cili api dan bawang putih. Tos dan kisar bersama cuka dan garam sehingga hancur.

 

Bahan Minyak Bawang Putih :

3 labu Bawang putih – bersih dan cincang halus

1 cawan Minyak jagung

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan dan tutup api. Ketepikan.

 

Bahan lain :

Kuey teow / Mihun / Mee Champa

Daun ketumbar, Daun sup, Daun bawang

Limau nipis

Hirisan daging

Minyak bawang putih

Lobak asin – potong halus

Sambal lada

Taugeh

Kicap

Serbuk lada sulah / Lada hitam

Gula – tambahan jika suka manis

Sos ikan – jika perlu

*Bahan tambahan ini sebagai penyedap mee sup, jadi wajib ada tau.

Kredit resipi & foto : Tahrunnisah Jali

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x