in ,

Mee Tomyam Yang Simple Untuk Orang Dirumah. Kalau Lapar Tengah Malam, Tak Payah Risau Dah. Ikut Je Resepi ni.

Bukan pelajar je yang lapar tengah tengah malam. Para suami atau ayah juga lapar. Tengah malam ni, tak nak lah masak beria sangat kan. Nak yang simple-simple sahaja. Jadi, terhasil lah perkongsian resipi di bawah ini iaitu Mee Tomyam. 

Tak payah buat yang Maggie instant dah selepas ini. Ikut je cara simple ni, confirm sedap. Perut pun senang hati. 

Terima kasih Nana Sabrina Sarsan untuk perkongsian resipi Mee Tomyam ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang sudah kisar. Tumis sampai pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan serai yang dah dihiris halus. Kemudian masukkan air dan kiub tomyam. 
  3. Apabila sudah separuh masak ayam itu, masukkan air asam jawa dan perahan air limau.
  4. Masukkan mee. Apabila mee dah separuh masak, campak daun ketumbar, limau purut, cili padi dan tomato. Kacau seketika dan letak bahan perasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0