fbpx

Menu Ramadan mudah: Sate

iCookAsia

Kalau bulan Ramadan ni dapat makan Sate dengan family kan best? Boleh makan waktu berbuka ataupun semasa moreh!😍

Bahan-bahan
– 300g daging lembu
– 300g isi ayam
– 2 sudu kecil serbuk jintan manis
– 2 sudu teh ketumbar
– 2 inci kunyit hidup
– 2 sudu teh serbuk jintan putih
– 1 inci lengkuas
– 3 batang serai
– 1 inci halia
– 1 ulas bawang besar
– 2 sudu besar gula
– Garam

Bahan Kuah Kacang
– 1 cawan kacang tanah
– 1 labu bawang besar
– 1/2 inci lengkuas
– 2 batang serai
– 1/2 inci halia
– 1/2 cawan gula melaka
– 2 sudu besar cili tumbuk
– Air asam jawa
– 1/2 liter air
– Minyak

Cara membuat
1. Mula-mula masukkan lengkuas, serai, halia, kunyit, dan bawang besar kedalam mesin kisar.Kisar halus
2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, garam serta gula. Kacau rata dan sebati
3. Selepas itu masukkan ke dalam daging dan ayam, gaul rata dan perapkan
4. Kemudian, cucuk daging dan ayam yang telah diperap dengan lidi selepas itu boleh bakar atas bara api. Masak sehingga sate masak
5. Untuk kuah, mula-mula masukkan serai, bawang besar, cili boh, halia, lengkuas dan sedikit air ke dalam mesin kisar. Kisar halus
6. Gorengkan kacang sehingga garing. Kisar separuh hancur
7. Kemudian tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan air, air asam jawa, gula melaka, garam dan kacang tanah. Biarkan mendidih sehingga pekat
8. Selamat mencuba!

#iCookAsia #sate #menuramadan #satay

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x