fbpx

Menu Yang Wajib Dicuba, Asam Pedas Johor Yang Memang Terlajak Sedap. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Kalau dapat makan Asam Pedas Johor, memang nikmat sangat rasanya. Bukan itu sahaja, dimakan pula dengan nasi yang masih panas, bertambah berselera. Rugi tau kalau anda semua tak cuba masakan yang sedap ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Asam Pedas Johor ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

2 biji bawang merah besar (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

1 1/2 inci halia (kisar)

1 inci kunyit hidup (kisar)

1 senduk penuh cili kering (kisar)

Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing, tak letak pun tak apa, masukkan dalam bahan kisar )

Ikan (Boleh sahaja guna ikan apa pun)

1 sudu kecil lada hitam (kisar)

1/2 cawan air asam jawa pekat

Daun kesum

1-2 kuntum bunga kantan

1 cawan air biasa

Garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Kemudian, apabila bahan tumis tadi pecah minyak, masukkan air asam jawa, tunggu sampai ia mendidih.
  5. Masukkan bunga kantan atau daun kesum.
  6. Masak sampai naik bau.
  7. Akhir sekali, baru masukkan 1 ekorย  ikan yang telah dikerat dan letakkan garam secukup rasa.

Kalau nak letak bendi atau tomato pun boleh. Boleh tambah dengan sedikit air jika kuah agak pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x