fbpx

Meriahkan Lagi Meja Makan Dengan Ayam Golek, Terliur Habis!

iCookAsia

Biasa bulan puasa je jumpa ni. Tapi boleh buat sendiri je sebenarnya Ayam Golek ni. Resepi dah tersedia, tinggal nak ikut sahaja satu per satu, confirm jadi. Berebut semua orang nak bahagian drumstick nanti haha.

Jom try.

Terima kasih Aini Salwa Binti Remely untuk perkongsian resipi Ayam Golek ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A (Untuk 2 ekor ayam):
10 biji bawang merah bombay
1 labu bawang putih
Seketul halia (saiz 2 kali ibu jari)
5 batang serai
(Kisarkan semua bahan di atas)

2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (Boleh pakai nisan/gula kabung/gula nira)
3 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak semua bahan di atas sehingga agak pekat atau kering.
  2. Kemudian, rasa secukup rasa. Rempah ini memang agak manis sebab itu ayam elok berkilat apabila dibakar atau digolek.
  3. Ambil rempah dan sapu pada ayam serta perapkan selama 1jam atau lebih. Baru bakar.

Bahan B (Sos cicah):
10 biji cili kering (Rebus dan keringkan)
5 ulas bawang putih bakar (Kisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak semua dengan air.
  2. Jika sudah mendidih baru masukkan tepung jagung.  
  3. Kemudian, kacau sampai pekat. Sudah siap. 
  4. Akhir sekali, apabila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aini Salwa Binti Remely(Facebook)

Nak bakar pun boleh. Meh tengok sini: https://shope.ee/8pM1KYNqT7 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x