fbpx

Miang Pla Pao. Gabungan Rasa Pedas, Masam Dan Masin Bersama Ulam Dan Ikan, Memang Mengancam.

iCookAsia

Menu Miang Pla Pao antara menu signature setiap kali berkunjung ke Thailand. Sajian ikan atau hidangan laut yang dipanggang bersama perapan garam dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan bihun dan dicicah bersama sos cili istimewa, memang cukup menyelerakan.

Untuk sesuaikan dengan citarasa sendiri, ikan boleh digoreng garing. Gabungan rasanya yang pedas, masam, manis dan masin memberikan pelbagai letupan rasa dalam setiap kunyahan.

Bahan Ikan :

Ikan siakap digaul bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk lada. Kemudian goreng garing dengan minyak yang banyak.

 

Bahan :

1. Celur bihun atau bihun siam dan toskan.

2. Potong dadu dua ulas bawang putih dan goreng untuk membuat minyak bawang putih.

3. Siram minyak bawang putih bersama bawang putih ke atas bihun yang dicelur tadi.

 

Bahan Nyicah :

Segenggam cili padi – ikut suka

3 sb sos thai maggi/life

2 sb sos plum

Daun ketumbar

Gula & Garam

1/2 cawan air masak

 

Cara :

1. Campurkan semua bahan dan kisar. Dam dalam kuali dan masak sehingga mendidih.

2. Nikmati gabungan ikan, bihun, ulam dan sos cicah bersama.

Sumber : Fara Lome

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x