in ,

Mini Pizza Homemade. Hasilnya Macam Beli Di Kedai Roti. Lembut Sangat!

Kalau anda suka makanan yang berunsur kan pastry, mesti anda akan suka dengan perkongsian resipi ini. Roti yang sangat lembut dan hiasan pada atas roti yang banyak. Apabila buat sendiri di rumah, boleh letak berapa banyak ikut kita. Baru puas!

Terima kasih Natasha Jeffrey untuk perkongsian resipi Mini Pizza ini 🙂

Bahan-bahan:

250ml cawan air suam

1 packet yis mauripan

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil susu pekat

4 cawan tepung gandum

1 biji telur

1/4 sudu kecil garam

1 cawan marjerin

Cara membut:

  1. Campurkan gula dan susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  2. Di dalam mangkuk yang berlainan, masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Kemudian, masukkan yis yang sudah naik. Tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan. Bila doh sudah tidak melekat ditangan boleh tutup dan biarkan dalam 20 atau 30 minit untuk beri doh naik dua kali ganda.

“Oven Tasha si kecik molek tu 190°C  20minit masak”

Topping pizza:

Tomato puri

Vages campur 

Sosej

Cheese cheddar atau mozarella

Sos cili

Mayonis

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Natasha Jeffrey (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0