fbpx

Nak Resepi Simple Tapi Sedap? Cuba Bihun Singapore Ni!

iCookAsia

Menu sarapan yang simple, jimat masa nak buat and sedap memang kene try resepi Bihun Singapore ini. Nak bawa bekal pergi kerja atau sekolah anak-anak pun boleh, sangat sesuai. Rugi kalau tak cuba buat.

Jom try.

Terima kasih Shah Shatry untuk perkongsian resipi Bihun Singapore ini 🙂

Bahan- bahan:

1 bungkus kecil bihun (Direndam hingga lembut kemudian toskan)

5 ulas bawang putih (Diketuk)

10 biji cili api (Diketuk, kalau suka pedas boleh lebihkan)

2 sudu lada hitam biji (Ditumbuk)

1 mangkuk isi ayam

Sedikit sos tiram

1 batang lobak (Dihiris memanjang macam batang mancis)

2 pokok sawi

Garam, gula dan serbuk perasa

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Kemudian, masukkan pula isi ayam.
  3. Jika isi ayam sudah masak, masukkan sos tiram, cili padi yang sudah diketuk dan lada hitam.
  4. Apabila sudah pecah minyak elok, masukkan air berserta semua bahan perisa.
  5. Tunggu air mendidih, boleh masukkan bihun dan kaut balikkan bihun tersebut.
  6. Seterusnya, jika bihun sudah lembut, boleh masukkan lobak merah dan sawi.
  7. Jika sudah dapat rasa yang diingini, kaut balikkan sekali lagi kemudian boleh tutup api.
  8. Akhir sekali, hidangkan bihun bersama dengan bawang goreng dan taburkan dengan daun sup atau daun bawang. Makan pula dengan cili potong dan kicap, lagi sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x