in , , ,

Nasi Ayam Paling Mudah. Kulit Ayam Cantik Berkilat. Resipi Ikhlas Dari Peniaga

Resipi yang dikongsikan daripada empunya yang berniaga dan lengkap daripada ayam, nasi, sup sehinggalah kepada sambal. Jadi jika ada yang ingin mencari pendapatan tambahan, bolehlah ikut langkah yang dikongsikan.

Bahan Ayam :

Seekor Ayam dibelah 4

1 cm halia

3 ulas bawang putih

Seketul kiub ayam

 

Cara :

1. Rebus ayam dalam air panas mendidih dalam 7 hingga 8 minit.

2. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam. Air rebusan ayam jangan dibuang, nanti akan digunakan untuk nasi dan sup.

3. Angkat ayam kemudian sapukan dan perap :

Setengah cawan sos tiram

Suku cawan kicap lemak manis

1 sudu makan minyak bijan

2 sudu mkn madu

4. Kemudian toskan ayam dalam tapis selama setengah jam untuk ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletop dan kulit ayam cantik berkilat.

5. Air perapan ayam jangan dibuang. Untuk digunakan membuat kicap.

Bahan Nasi :

3 pot Beras

1 biji Bawang besar – mayang halus

3 ulas Bawang putih – mayang halus

1 inci halia – mayang halus

1 ketul Kiub ayam

1 sudu kecil garam

Daun pandan

2 sudu butter (sy guna buttercup)

 

Cara :

1. Cairkan butter. Kemudian tumis bahan yang dimayang dengan daun pandan. Tumis sehingga wangi.

2. Masukkan kuib ayam dan sedikit serbuk kunyit untuk beri warna kuning. Tak masukkan pun tak apa.

3. Masukkan beras dan kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. Sukatan air seperti masak nasi biasa, cuma saya lebihkan sedikit air.

Kuah Cili :

10 tangkai cili merah (saya guna cili merah besar)

5 tangkai cili kering

Sebiji tomato

2 ulas bawang putih

Sedikit halia (saya tambah)

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1/2 cawan air

 

Cara :

1. Kisar cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Perasakan dengan gula dan garam. Tambah sedikit air dan masak dengan api kecil sehingga likat.

 

Kicap ayam :

Gunakan air perapan ayam tadi. Untuk pekat, tambahkan sedikit tepung jagung.

 

Sup kosong :

Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup. Siap.

Sumber : Zue Zulin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0