fbpx

Nasi Goreng Ayam Spicy McD

iCookAsia

Orang Malaysia ni, hidangan takkan lengkap tanpa nasi. Kalau korang beli Ayam Goreng Spicy dekat McD, kenyang ke? Haa.. nak bagi kenyang lagi boleh la cuba buat Nasi Goreng guna ayam McD ni dekat rumah. Lagi puas kan?

Bahan-bahan:
Ayam Goreng Spicy McD
Nasi putih
1/2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi (potong kecil)
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukupnya

Cara membuat:
1. Tuangkan sedikit minyak masak. Tumis 1/2 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih yang di potong cincang. Kemudian masukkan cili padi.
2. Selepas itu, masuk kan Ayam goreng McD yang telah dipotong kecil atau di carik.
3. Masukkan 2 1/2 cawan nasi putih. (Bergantung pada jumlah hidangan anda).
4. Kemudian, masukkan garam secukupnya.
5. Tambahkan sedikit kicap lemak manis.
6. Akhir sekali, masukkan dua biji telur dan gaul rata.
7. Nasi Goreng Ayam McD siap untuk dihidang!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x