fbpx

Nasi Kebuli

Chef Lin

Demo Masakan Nasi Kebuli oleh Chef Lin (minit 0 – 27)

Bahan-bahan

½ steh jintan putih

½ steh ketumbar

¼ cawan (60ml) minyak sapi / minyak

2 helai daun pandan, disimpul

2 cawan (400g) beras, dibersihkan & ditos

¼ cawan pulut, direndam 15 min

2½ cawan (625ml) air

Garam secukup rasa

Bahan dihiris

2 ulas bawang putih

6 biji bawang merah

4 cm halia

Rempah Tumis

1 btg kulit kayu manis

2 steh lada hitam

4 pelaga

4 bunga lawang

Cara Membuat

1.Sangai jintan putih dan ketumbar sehingga wangi.

2.Tumbuk rempah sehingga halus.

3.Panaskan minyak.

4.Tumis bahan hiris dan rempah tumis sehingga wangi.

5.Masukkan rempah dan sedikit air, kacau.

6.Apabila harum, ubah ke dalam periuk nasi elektrik.

7.Masukkan baki air, daun pandan, beras, pulut dan garam.

8.Masak sehingga airnya kering.

 

Resipi daripada buku:

TAGGED:
Share This Article
More than 20 years experience in culinary industry. Expert in Malay cuisine.