in , , ,

Nasi Lemak Kuning Utara Bersama Sambal Sotong. Cuba Resipi Ni, Gerenti Tak Cari Lain Dah.

Nasi Lemak Utara atau Nasi Lemak Kuning Kedah ini agak berbeza cara penyediaan dan bahan-bahannya. Bahan-bahan harus ditumis terlebih dahulu sebelum diadunkan bersama nasi.

Jom cuba resipi perkongsian Mariana Zainal ini.

 

NASI LEMAK UTARA

Bahan :

5 cawan Beras Basmathi – basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyiT dan kemudian toskan

6 cawan Air

1 cawan Santan perahan pertama

2 sk Garam

2 helai Daun pandan – carik dan simpul

 

Bahan tumis :

1 senduk Minyak masak

1 labu Bawang besar – hiris nipis

4 ulas Bawang putih – hiris nipis

Sebesar ibu jari Halia – hiris nipis

2 sk Jintan manis – basuh dan tumbuk guna lesung batu

1 batang Kulit kayu manis

4-5 biji Bunga lawang

1 sk Lada hitam biji

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis. Tumis sehingga bahan hiris layu dan wangi. Tutupkan api.
  2. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk nasi dan masukkan santan, air, daun pandan, garam dan tuangkan bahan tumis tadi bersama minyak menumis.
  3. Tekan butang masak dan biarkan. Apabila nasi sudah masak, tekan butang masak sekali lagi dan biarkan. Selepas butang naik ke atas, barulah kacau nasi perlahan-lahan.
  4. Tips sukatan beras, sukatan air, santan dan beras daripada sukatan cawan yang sama.

SAMBAL KOSONG

Bahan kisar :

35 tangkai cili kering

3 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

3 sb ikan bilis

1/2 sk Belacan – sedikit sahaja

1 1/2 cawan Minyak masak

 

Bahan lain :

1 labu Bawang besar – hiris

3 sb Gula pasir

1 sb Gula merah

3 sb Air asam jawa – sederhana cair

Sedikit garam

Sedikit bahan perasa

 

Cara :

  1. Masukkan semua bahan kisar dan tumis menggunakan api sederhana. Tidak perlu masukkan minyak kerana bahan telah dikisar dengan minyak. Teknik ini digunakan supaya sambal tidak memercik di dapur.
  2. Apabila cili sudah masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan bahan perasa.
  3. Masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam dan sesuaikan rasa.

SAMBAL SOTONG

Bahan :

1 kg Sotong – bersihkan dan goreng sekejap dengan sedikit minyak untuk matikan air sotong. Toskan.

2 1/2 sb membukit Gula pasir

2 sk Garam

1 keping Asam keping /  Asam jawa

1 labu Bawang besar – potong bulat

Air jika perlu

 

Bahan kisar :

25-30 tangkai Cili kering

2 labu Bawang besar

6 ulas Bawang putih

4 senduk minyak masak

Sedikit halia

 

Cara :

  1. Tumis bahan kisar dan masukkan asam keping, garam, gula dan perasa. Kacau sehingga sambal masak dan naik minyak.
  2. Kemudian masukkan sotong dan bawang yang dipotong bulat.
  3. Kacau dan sesuaikan rasa. Jika nak berkuah tambahkan sedikit air. Buang lebihan minyak dalam sambal.

Kredit resipi & foto : Mariana Zainal

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0