Memang menyelerakan melihat gambar dan resipi yang dikongsikan Azila Ismail ni, gabungan menu lengkap satu pinggan, macam kenduri pun ada. Biarpun banyak bahan untuk disediakan, namun hasilnya cukup membanggakan, harum semerbak satu rumah. Bertambah-tambah pinggan. Bolehlah dijadikan menu wajib setiap kali menerima kunjungan tetamu, kan?
Bahan Gulai :
2 labu Bwg besar*
Seinci Halia*
*kisar dan tapis
1 sb Rempah masak bunga ros
3 sb Rempah gulai bunga ros
4sb Sos tomato
Bawang goreng (10 ulas/ ltk bwg grg siap pun boleh)
Cara :
- Gaul semua bahan dengan satu ekor ayam atau sekilo daging
- Tumis empat sekawan. Kemudian letakkan ayam atau daging yang telah digaul tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan air, 1 keping nissan dan perasakan dengan garam.
- Kemudian masukkan kentang.
- Untuk gulai daging, saya gunakan noxxa HP 40 minit. Kentang letak akhir sekali dan tambah lagi 10 minit.
Bahan Nasi :
3 pot Beras basmathi (rendam dahulu 1 jam)
Bahan Tumis :
2 sb Marjerin
4 beradik
Seinci halia
Selabu bwg besar
Air (3 1/2 cwn plastik ikea)
1 sb susu pekat
2 sb sos tomato
Sedikit garam
Daun pandan
Cara :
- Tumis semua bahan dan baru masukkan nasi. Gunakan mode steam 8 minit.
Resipi Acar :
Hiris timun, bawang merah seulas dan cili besar. Kemudian sagat lobak merah. Masukkan sedikit air suam, satu sudu besar gula, sedikit garam dan cuka. Kacau sehingga gula hancur.
Sumber : Azila Ismail