Tidak dapat nak dibayangkan bagaimana juicy Daging Bakar Harimau Menangis sewaktu disuakan ke dalam mulut. Bayangkan keenakan bahagian hangus dan berlemak dengan cicahan sos pedas.
Jika tiada bahagian harimau menangis, boleh gunakan daging batang pinang. Namun kena ada sedikit bahagian lemak kerana itu yang akan memberikan jus kepada setiap gigitan.
Bahan perapan :
3 ulas Bawang putih – tumbuk lumat
1 sudu kecil Lada hitam – tumbuk lumat
4 sudu besar Sos tiram
3 sudu besar Sos ikan
3 sudu besar Kicap manis
3 sudu besar Gula perang
Garam secukup rasa
Cara :
- Satukan semua bahan dan perap daging semalaman.
- Daging boleh dibakar dalam ketuhar ataupun di atas kuali. Namun lebih enak jika boleh dipanggang di atas bara api.
- Selepas siap, hiris nipis daging.
Bahan sos:
2 ulas Bawang putih – tumbuk
Cili padi – tumbuk
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Sos ikan
Gula perang
Jus limau nipis
Hirisan daun ketumbar & cili api
Cara :
- Satukan semua bahan dan gaul rata. Perasakan.
Kredit resipi & foto : Norul Azmah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/