Resipi ini cukup mudah untuk disediakan dan bahan utamanya ialah kacang parpu atau kacang dal. Untuk kacang dhal, terpulang untuk kisar ataupun rebus begitu sahaja sewaktu dimasak. Kedua-duanya punya keenakan tersendiri.
Bahan :
Kacang parpu / Dal
Telur
Ubi kentang
Santan
Garam
Perasa
Daun kari
Bawang besar – kisar
Halia – kisar
Serbuk Kunyit – kisar
Bawang besar – hiris
Bawang putih – hiris
Cili kering – hiris
Cara :
- Basuh kacang parpu dan rebus sehingga empuk.
- Kisar bawang besar, halia dan serbuk kunyit dan masukkan ke dalam rebusan tadi, Rebus sehingga empuk.
- Selepas kacang empuk, masukkan ubi kentang.
- Biarkan semua bahan serasi dan baru masukkan santan. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
- Boleh gunakan telur rebus. Jika tidak terus pecahkan telur ke dalam periuk sewaktu kuah mendidih.
- Hiris bawang besar, bawang putih dan cili kering dan tumis dalam kuali berasingan. Tumis sehingga kekuningan. Kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi parpu tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Masni Bahari
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/