fbpx

Pastry Fruit Cake Yang Sedap Dijadikan Sebagai Pencuci Mulut. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Kek adalah pencuci mulut yang terbaik pada semua waktu. Kalau bosan-bosan pun sedap untuk makan Kek. Dan yang paling sedap menyegarkan pastilah Kek yang mempunyai buah-buahan sebagai topping. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau kongsikan resepi Pastry Fruit Cake ini. 

Kalau nak habiskan stok buah-buahan sebelum ianya busuk, boleh la buat hidangan Kek ini. Confirm orang-orang di rumah suka!

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Pastry Fruit Cake ini 🙂

  Bahan-bahan:

210g tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

100g butter

50ml yogurt asli

3 biji telur

150g gula kastor

Esen vanilla

1 sudu besar Kulit limau sunquick (diparut)

Buah-buahan:

Strawberry (dipotong)

Kiwi (dipotong)

Blueberry

Buah peach dalam tin (potong)

Cara membuat:

  1. Ayak dua tepung gandum dan baking powder. 
  2. Dalam satu bekas, masukkan gula, butter, yogurt dan esen vanilla. Mix dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim. 
  3. Masuk 1 persatu telur dan mix perlahan hingga sebati.
  4. Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna spatula sahaja. Nak guna mixer pun boleh. Pastikan betul-betul sebati.
  5. Selepas itu, masukkan parutan kulit limau sunquick. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkkan adunan dalam loyang dan hentak-hentak sikit. 
  7. Kemudian, bolehlah buat topping buah yang dipotong tadi. 
  8. Panaskan oven 170. Bakar dalam 45 minit.
  9. Apabila sudah sejuk, keluarkan dari loyang. 
  10. Akhir sekali, boleh ayak gula icing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x