fbpx

Peminat Kek Mesti Cuba Resepi Kek Oren Yang Mudah Dan Sedap. Sangat Moist Tau!

iCookAsia

Bagi peminat kek, anda mesti cuba resepi Kek Oren ini. Sangat mudah untuk buat dan paling penting, rasa yang sedap dan puas hati. Rasa sekali mesti nak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zaimah Zakaria perkongsian resipi Kek Oren ini 🙂

Bahan-bahan:

170 gm butter

115 gm gula halus atau gula kastor

3 biji telur gred A

160 gm tepung gandum

1sudu kecil baking powder

Kulit oren (1 biji diparut)

8 sudu besar jus oren (diperah) atau 4 sudu besar jus sunquick

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Kemudian, putar gula bersama butter sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  5. Seterusnya, masukkan jus oren bersama parutan kulit oren dan kacau-kacau rata dengan menggunakan spatula.
  6. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 160 atau 170 dan bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x