fbpx

Peminat Kuih Tiram Pandan, Ini Resepi Wajib Cuba!

iCookAsia

Peminat kuih tradisional mesti sukakan kuih tiram. Rasa manis-manis gula dengan rangupnya, memang tak berhenti kunyah. 

Jom kita try.

Terima kasih untuk Yana Crystal atas perkongsian resipi Kuih Tiram Pandan ini 😊

Bahan-bahan:
400g tepung gandum
4 sb marjerin
1 biji telur
¼ sb garam
150ml air pandan
¼ sk perwarna hijau

Bahan-bahan pes adunan minyak:
Tepung ubi
Minyak masak

Cara-cara:
1. Masukkan tepung, marjerin, telur dan garam. Gaul mesra menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
2. Masukkan air dan adun semua sehingga menjadi doh licin dan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan kepada 6 bahagian bebola.
4. Untuk pes adunan minyak, gaul tepung dan minyak masak sehingga menjadi pes.
5. Ambil 1 bebola doh dan canai nipis. Sapu rata pes minyak di atas doh yang telah dicanai tadi.


6. Gulungkan doh dan potong kepada beberapa potongan kecil. Goreng dengan api kecil sehingga garing.
7. Apabila dah sejuk, gaulkan dengan gula.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Yana Crystal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x