in ,

Pengat Labu Manis

PENGAT LABU MANIS

Bahan-bahannya:1) 1/4 biji labu manis ( saiz sederhana) 2) 1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan3) 2 cawan santan4) 1 cawan air5) sehelai daun pandan6) 1/2 sudu kecil garam7) 1/2 ketul gula melaka8) 1/2 cawan gulaCara-caranya:

1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.

2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas  atau sejuk, selamat mencuba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0