fbpx

Penggemar Masakan Pantai Timur Mesti Cuba Resepi Gulai Ayam Kelantan Ini, Memang Membuka Selera Betul

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan masakan Pantai Timur? Mana tidaknya, makanan yang dihidangkan semua sedap dan ada aroma yang sangat wangi. Memang tak cukup kalau makan sikit. Selepas ini, boleh buat sendiri je tau. Dapat makan banyak dan puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Afy AL Habibi perkongsian resipi Gulai Ayam Kelantan ini 🙂

Bahan-bahan (Untuk 5-6 ketul ayam):

Bahan A (Kisar):

3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)

1 ulas bawang putih

Sehiris nipis lengkuas

Sehiris halia

Dua hiris nipis serai

Secubit ketumbar

Secubit jintan putih

Bahan B:

3 sekawan

1/3 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar rempah kari

1 cawan air asam jawa

1/2 relung nisan atau 1/2 sudu besar gula Melaka

 1 atau 2 cubit garam bukit

Garam, gula, perasa

1 setengah sudip santan kotak atau pekat

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.
  2. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar.
  3. Kemudian. masukkan 2 sudu besar rempah kari. Tips penting, untuk kelainan rasa, tambahkan secubit dua rempah kerutuk.
  4. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.
  5. Seterusnya, masukkan pula secawan air asam jawa (secubit asam jawa + secawan air kosong).
  6. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu 1/2 relung nisan atau 1/2 sudu besar gula Melaka dan secubit dua garam bukit.
  7. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak.
  8. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  9. Masukkan satu setengah sudip santan kotak atau pekat.
  10. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
  11. Untuk tips kedua, akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.
  12. Akhir sekali, masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan aroma. Tutup api selepas rasa sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar:Afy AL Habibi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x