fbpx

Pepero Popia Almond Stick. Kudapan Paling Sedap Dan Mudah Dibuat. Sebiji Macam Peppero.

iCookAsia

Kita masih meraikan Aidilfitri namun dalam suasana yang cukup berbeza. Raya masih meriah dan kita serikan dengan kudapan yang tak jemu dikunyah.

 

Bahan :

Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau jenama lain ada yang kulit mudah koyak.

Coklat masakan. Jika ada budget lebih, gunakan Beryl’s

200 gm Almond cincang

 

Cara :

1. Kulit popia dipotong empat. Almond pula dipanggang sebentar dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit.

2. Gulung kulit popia satu persatu. Dalam mangkuk lain, sediakan campuran tepung gandung dan air untuk proses lekatkan gulungan. Gunakan straw untuk mudahkan proses menggulung agar bentuk sama. Selepas siap, rehatkan sebentar dalam peti ais untuk keraskan popia.

3. Selepas itu, goreng gulungan popia sehingga agak kekuningan.

4. Selepas digoreng, toskan sebentar di atas tisu. Tunggu sejuk.

5. Sementara itu, potong coklat masakan kecil-kecil dan kukus. Tidak perlu double boil. Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuannya untuk coklat nampak berkilat.

6. Masukkan coklat tadi di dalam mug supaya senang untuk dicelup. Jangan celup sehingga penuh. Agak-agak supaya bahagian hujung masih boleh dipegang.

7. Selepas itu, taburkan almond yang sudah dipanggang tadi. Pastikan kena setiap celupan coklat.

8. Siap Pepero premium.

Sumber : Anie Dza

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x