Biarpun sehingga kini vaksin bagi virus Covid-19 belum ditemui dan bilangan kematian terus meningkat, tidak salah mencuba pelbagai petua sebagai alternatif.
Menurut Vanistry Kavitha, masyarakat India menggunakan rempah ratus sebagai persediaan untuk mencegah virus maut ini. Jelasnya, mereka mengamalkan Rasam selang dua hari bagi meningkatkan imunisasi badan.
Dalam menangani masalah Covid 19,ini adalah Salah satu Persedian orang orang India dalam mencegah virus Corona…..so kita sama sama buat Rasam selang 2 hari …saya dah sedia resepi secara terpererinci….bahan bahan semua murah dan senang dapat.
Bahan – digiling dengan sedikit air
4 sudu Biji ketumbar
3 sudu Lada hitam
4 sudu Jintan Putih
4 sudu Jintan kecil
Bawang Putih dengan kulitnya sekali
Bawang Merah kecil dengan kulitnya sekali
2 inci Halia 2
1 biji tomato
Bahan Tumis :
1 sudu biji sawi
5 tangkai cili kering
Sedikit daun Kari
1 biji tomato
Bawang
Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya untuk sistem imunisasi.
Cara :
1.Panaskan minyak
2.Masukkan biji sawi
3.Masukkan bahan tumis seperti bawang yang dihiris, tomato, daun kari dan cili kering
4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.
5.Selepas itu masukkan bahan giling dan tumis selama 2 minit. Masukkan air seperti mana yang dikehendaki.
6.Biarkan mendidih dan baru masukkan garam dan air asam jawa.
7 Akhir sekali tutup api dan masukkan daun ketumbar. Jangan biarkan mendidih terlalu lama ya. Boleh makan dengan sambal ikan ya, sedap.
Sumber : Vanistry Kavitha