Jarang sekali min dengar petis udang digunakan untuk memasak mee kari. Selalunya petis udang akan digunakan sebagai pelengkap rasa laksa.
Namun kali ini resipi Mee Kari perkongsian Shai Anne Ahemed agak unik kerana petis udang direneh bersama bahan-bahan lain.
Bahan kisar :
2 biji Bawang besar
5 bji Bawang merah
1 labu Bawang putih
Udang kering
Bahan lain :
Daun kari
2 pek serbuk kari daging
1 pek serbuk cili
1 senduk cili giling
1 pek 3 sekawan
Fishcake – goreng
Fishball – goreng
Tauhu kering
Isi ayam atau tulang ayam
Kerang
Udang
500 gm kotak Santan
Gula & garam
Perasa
Petis udang #otakudang – rahsia keenakan
Bahan hiasan:
Mee kuning – celur
Telur Rebus
Cili merah
Sawi – celur
Taugeh – celur
Limau kasturi
Daun sup/bawang
Cara :
1.Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari sehingga pecah minyak.
2.Kemudian masukkan ayam, kerang, fishball, udang, fishcake dan petis udang.
3.Selepas itu, masukkan air dan santan secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai.
4.Perasakan dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali masukkan tauhu kering dan masak sehingga mendidih.
6.Nikmati bersama mee dan bahan hiasan yang lain.
Kredit resipi & foto : Shai Anne Ahemed