Katanya bukan orang Malaysia lah kalau tak makan sambal belacan kan? Makan pula dengan nasi panas dan ulam-ulaman, memang lengkap hidangan tengah hari kita! Jom cuba petua membuat Sambal Belacan ini?
Terima kasih Nurulain Insyirah untuk perkongsian petua sambal belacan ni 🙂
Petua Sambal Belacan:
Tips 1: Bakar belacan sekejap supaya sambal lebih beraroma
Tips 2: Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam – petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3: Limau kasturi yg dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Petua 4: Tinggalkan beberapa biji cili api yg masih bertangkai – petua supaya tidak sakit perut makan sambal.
Cara buat ikut urutan:Â
Kisar kasar bahan-bahan:
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yg telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Nota:
Kalau nak buat stok banyak, boleh tambah bahan-bahan kisar tu ya.
Kredit tips dan gambar: Nurulain Insyirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.com
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos