Setiap hari para ibu akan memasak di dapur kan untuk seisi keluarga. Selesai memasak, mesti lah kene basuh peralatan terutamanya periuk dan kuali. Bukan itu sahaja, nak sental bahagian hitam bawah kuali itu sangat susah.
Jadi, Admin nak share tips untuk hilangkan kerak hitam tu, confirm berkilat.
Terima kasih Zainun Mamat untuk perkongsian tips Untuk Hilangkan Kerak Hitam Kuali ini 🙂
Bahan-Bahan:
Keluli besi untuk cuci periuk
Lebihan sabun mandi
Cara-cara:
- Â Â Â Pertama sekali, rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air.
- Â Â Â Tekan-tekan sikit dan biarkan ia sehingga berbuih.
- Â Â Â Seterusnya, boleh sental periuk yang ingin dicuci.
- Â Â Â Kemudian, bilas dan cuci sehingga bersih.
Apabila dah bersih ni, sedap sahaja mata memandang kan. Untuk pengetahuan anda semua, besi keluli ini tahan lama tau sampai 3 ke 4 hari dan tidak mudah berkarat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Zainun Mamat(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos