fbpx

Pilihan Pencuci Mulut Yang Lazat, Cream Puff. Ramai Suka Makan Ni!

iCookAsia

Sedap kan makan ‘Cream Puff’? Dengan rasa yang lembut dan gebu, digandingkan pula dengan inti yang penuh. Lagi nikmat dapat makan. Kalau nak tahu, keistimewaan krim puff terletak pada kelembutan dan kesedapan adunan tepung yang digunakan untuk membentuknya.

Sebab itu lah kena cuba dulu.

Jom try.

Terima kasih Tuan Adriana Arissa untuk perkongsian resipi Krim Puff ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A (Untuk Krim Kastard):
1 1/4 cawan atau 313 ml susu full cream
2 biji kuning telur atau 1 biji telur
1/4 cawan atau 55 g gula
1 sudu besar atau 8 g tepung gandum atau tepung kastard
3 sudu besar atau 24 g tepung jagung
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar atau 28 g unsalted butter atau marjerin pon boleh
1 cawan atau 240 g non-dairy whipping cream atau fresh cream

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak kesemua bahan kastard ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. 
  2. Sejukkan ke dalam chiller.
  3. Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan B (Choux Pastry):
1 cawan atau 250 g air
1/4 cawan atau 56 g butter atau marjerin
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar atau 12 g gula
1 cawan atau 125 g tepung gandum
3 hingga 4 biji telur saiz B

Nota tambahan: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream banyak cukup untuk 2 adunan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air, marjerin atau butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua sudah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum. 
  2. Kemudian, kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh tau. Tutup api.
  3. Biarkan sampai sejuk atau suam-suam kuku.
  4. Masuk telur satu persatu dan mix sebati.
  5. Paipkan dalam tray, bakar pada suhu 200-220 c selama 30minit mengikut oven masing-masing ya.
  6. Nak tahu creampuff jadi atau tak, pastikan berongga di dalam dan apabila dimasak tak kecut semula. Kena try dan error oven masing-masing. 
  7. Akhir sekali, sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa(Facebook)

Buat Cream Puff dan makan untuk santai petang memang best. Jom tengok sini: https://shope.ee/1AwVJzGg6v

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x