fbpx

PKP 2.0 Dah Bermula. Boleh Buat Resepi Dalgona Viral Ini, Tapi Versi Milo Kotak. Rasa Padu Betul!

iCookAsia

Musim PKP dah bermula. Ia menggamit memori waktu PKP yang pertama pada tahun lepas di mana Dalgona Coffee telah tular. Ramai sangat yang buat. Kali ini, resipi dalgona A must Try! Sebab bukannya menggunakan Coffee, tapi kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu Milo Kotak. Haa.. siapa sahaja yang tidak suka kan? Jom la cuba… Lepas tu buat video hehe…

Terima kasih Watie Aiman untuk perkongsian resipi Dalgona Milo Kotak ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kotak Milo (untuk 1 cawan)

3 senduk Milo Serbuk (jangan letak sikit, nanti cair)

Gulu secukupnya

Secubit garam

Susu Cair (Kuantiti ikut suka, nak lebih sedap boleh letak banyak)

1 sudu kecil ovalette

2-3 sudu air panas

Caranya: Blender semua bahan hingga bertanduk. Kemudian simpan dalam peti ais selama 2 ke 3 jam. Kemudian hidang seperti biasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Watie Aiman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x