Rasa dah lama tak jumpa Popia Basah ni. Semenjak PKP kan, jadi tak banyak gerai yang boleh buka. Kalau anda tiba-tiba sahaja teringin atau mengidam Popia Basah, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah.
Ikut sahaja step-by-step resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, confirm menjadi.
Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Popia Basah ini 🙂
Bahan-bahan:
220 gm tepung gandum
300 ml air (ditambah lagi 20 ml jika perlu)
1 sudu besar tepung jagung (utk elak kulit cepat koyak)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak
1 biji putih telur
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara buat Kulit:
- Campurkan garam dan tepung gandum hingga rata, tuangkan air dan masukkan putih telur, cuka minyak. Kacau hingga sebati.
- Blend adunan untuk elakkan adunan berbintik.
- Sediakan kuali tidak melekat (non stick pan) dan berus kecil.
- Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu adunan cepat² atas kuali hingga rata dan menutupi permukaan kuali.
- Kecilkan api, masak kulit hingga nampak kering. Terbalikkan permukaan sebelah lagi. Masak sebentar. Ketepikan.
- Bersihkan kuali dengan kain lembab tiap kali ulangi proses memasak sehingga semua adunan habis.
Bahan-bahan Sos Popia Basah:
4 sudu besar cili kering mesin
10-12 biji buah kurma dibuang biji di mesin lumat
1 mangkuk bawang goreng
1 senduk kecil sos labu thai
Gula secukup manis
Asam jawa dan garam
Cara penyediaan:
- Cili kering mesin dimasak bersama gula.
- Masukkan buah kurma mesin, asam jawa, sos labu thai dan juga bawang goreng yang diramas. Masak sampai pekat dan berkilat.
Bahan-bahan untuk Inti Popia Basah:
1 biji sengkuang **
1 batang carrot **
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 keping isi dada ayam dicincang kasar
Cara membuat:
- Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering dan masukkan bahan yang bertanda (**) yang disagat.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, gula, garam dan secukup rasa.
Bahan Telur Untuk Ditabur:
2 biji telur
1 sudu teh maggie cukup rasa
1 sudu teh udang kering ditumbuk
Cara membuat:
- Pukul telur hingga rata dan masukkan maggi secukup rasa dan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuang telur dan kacau rata hingga jadi scrambled egg dan masak hingga garing.
Cara-cara menggulung Popia:
- Sediakan kulit. Sapukan sos pada kulit dan letakkan inti.
- Gulung kemas-kemas dan letakkan dalam pinggang.
- Sapukan sos sekali lagi di atasnya.
- Taburkan bawang goreng, kacang goreng tumbuk dan telur tabur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos