in ,

Popia Basah Rangup, Sedap Yang Cukup Rasanya. Sesuai Untuk Makan Petang Ni.

Rasa dah lama tak jumpa Popia Basah ni. Semenjak PKP kan, jadi tak banyak gerai yang boleh buka. Kalau anda tiba-tiba sahaja teringin atau mengidam Popia Basah, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah. 

Ikut sahaja step-by-step resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, confirm menjadi. 

Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Popia Basah ini 🙂

Bahan-bahan:

220 gm tepung gandum

300 ml air (ditambah lagi 20 ml jika perlu)

1 sudu besar tepung jagung (utk elak kulit cepat koyak)

1 sudu besar cuka

1 sudu besar minyak

1 biji putih telur

1/2 sudu kecil garam

Cara-cara buat Kulit:

  1. Campurkan garam dan tepung gandum hingga rata, tuangkan air dan masukkan putih telur, cuka minyak. Kacau hingga sebati.
  2. Blend adunan untuk elakkan adunan berbintik.
  3. Sediakan kuali tidak melekat (non stick pan) dan berus kecil.
  4. Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu adunan cepat² atas kuali hingga rata dan menutupi permukaan kuali. 
  5. Kecilkan api, masak kulit hingga nampak kering. Terbalikkan permukaan sebelah lagi. Masak sebentar. Ketepikan.
  6. Bersihkan kuali dengan kain lembab tiap kali ulangi proses memasak sehingga semua adunan habis.

Bahan-bahan Sos Popia Basah:

4 sudu besar cili kering mesin

10-12 biji buah kurma dibuang biji di mesin lumat

1 mangkuk bawang goreng 

1 senduk kecil sos labu thai

Gula secukup manis

Asam jawa dan garam

Cara penyediaan:

  1. Cili kering mesin dimasak bersama gula.
  2. Masukkan buah kurma mesin, asam jawa, sos labu thai dan juga bawang goreng yang diramas. Masak sampai pekat dan berkilat.

Bahan-bahan untuk Inti Popia Basah:

1 biji sengkuang **

1 batang carrot **

3 ulas bawang putih ditumbuk lumat

1 keping isi dada ayam dicincang kasar

Cara membuat:

  1. Tumis bawang putih hingga wangi. 
  2. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering dan masukkan bahan yang bertanda (**) yang disagat. 
  3. Masukkan sedikit serbuk kunyit, gula, garam dan secukup rasa.

Bahan Telur Untuk Ditabur:

2 biji telur

1 sudu teh maggie cukup rasa 

1 sudu teh udang kering ditumbuk 

Cara membuat:

  1. Pukul telur hingga rata dan masukkan maggi secukup rasa dan udang kering. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuang telur dan kacau rata hingga jadi scrambled egg dan masak hingga garing.

Cara-cara menggulung Popia:

  1. Sediakan kulit. Sapukan sos pada kulit dan letakkan inti. 
  2. Gulung kemas-kemas dan letakkan dalam pinggang.
  3. Sapukan sos sekali lagi di atasnya. 
  4. Taburkan bawang goreng, kacang goreng tumbuk dan telur tabur. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.