in , , ,

Popia Riben Bersosej, Anak-Anak Confirm Suka!

Bila anak semakin membesar ni, selera makan pun berubah-ubah. Jadi sebagai ibu bapa, kita pun kena kreatif dalam penyediaan makanan anak-anak.

Resepi Zura Zul ini mendapat perkongsian hampir 25,000 dan rata-rata berpuas hati, buat sekali memang tak cukup.

“Simple..tapi sedikit renyah nak buat..Popia Riben/bunga..anak2 mmg suka..laju jer deme makan.

Jom ikut cara Zura.

1.Potong sosej, jangan terlalu nipis atau tebal.

2.Kemudian ambil straw dan tekap pada sosej untuk membuat lubang.

3.Sediakan kulit popia bersaiz kecil dan potong dua. Lipat macam buat kipas.

4.Selepas itu, ambil sosej dan masukkan ke dalam kulit popia. Jadikan bentuk kipas.

5.Goreng sehingga kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili.

Sumber : Zura Zul

https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/2312077102448926/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0