fbpx

Puding Karamel Pandan. Nyamannya Tekak Di Kala Panas. Projek Cuti Sekolah Pun Bermula

iCookAsia

Sesekali pelbagaikan perisa puding karamel apa salahnya kan? Kalau nak lebih rare, cuba sahaja apa perisa yang terlintas di kepala, strawbery? Jagung? Tembikai Susu?

Untuk perkongsian kali ini, Raja Siti Rohani Raja Yusof berbesar hati berkongsi dengan pembaca resipi puding karamel pandan. Mudah sahaja, tambahkan perisa pandan kepada resipi asal. Kalau anda rajin, gunakan daun pandan dan ekstrakkan esennya sendiri.

“Cerita petang ni..cuti sekolah kan..so, projek ibu pn berjalan laaa..nk p bercoti dok leh..jadi..ibu pn godek2 kt dapur buat puding kegemaran husband dan anok2😊

Sis olah resepi puding caramel biasa aje😁

Buat rase pandan plok.”

Bahan :

5 biji Telur

1/2 tin Susu pekat manis

1/2 tin Susu cair

1 tin Air

Perasa pandan

Pewarna hijau ( nak kisar daun pandan pun boleh)

2 sb Tepung kastard

2 sudu besar gula – untuk karamel

Cara :

1.Cairkan gula dalam loyang dan kacau smpai perang. Jangan hangit ya, nanti rasanya akan pahit. Ketepikan.

2.Pecahkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair. Sebatikan.

3.Selepas itu masukkan perasa pandan. Selepas semua sebati, masukkan air, tepung kastard dan kacau. Gunakan garfu sahaja.

4.Akhir sekali baru masukkan pewarna hijau. Selepas itu tapis supaya rasanya lebih lembut.

5.Masukkan bahan yang telah ditapis ke dalam loyang gula yang dicairkan tadi. Kukus sehingga masak. Tutup loyang dengan kain supaya air tak menitik.

6.Selepas siap, paipkam whipping cream di atas puding. Kalau nak lebih sedap, masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila lalu di tekak.

Sumber : Raja Siti Rohani Raja Yusof

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x