fbpx

Puding Kastard Koktail, Memang Puas Dapat Makan Ni

iCookAsia

Setiap kali makan, mesti nak kena ada dessert kan? Apa kata cuba buat Puding Kastard Koktail ini? Mudah dan yang penting, rasa nya sedap dan lembut. Nak makan sambil layan drama Korea pun boleh tau hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Lily April perkongsian resipi Puding Kastard ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

5 cawan air

1/2 cawan gula

1/4 sudu garam

1 cawan tepung kastard

3/4  tin susu cair

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan air, gula dan garam ke dalam periuk, masak sehingga gula dan garam larut.
  2. Masukkan susu cair dan tepung kastard.
  3. Kemudian, kacau sebati dan masak sehingga bancuhan tepung pekat serta berkilat. Pastikan api dapur sederhana besar sahaja.
  4. Akhir sekali, apabila sudah keluar gelembung-gelembung tersebut, ia bermakna bancuhan tepung sudah cukup pekat. Tutup api dan tuangkan tepung ke dalam bekas. Sejukkan.

Bahan B (Kuah Koktail):

1 tin buah Koktail (Asingkan buah dan airnya)

4 sudu gula

1/4 sudu garam

1 tin susu cair

1 sudu tepung jagung

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan susu cair, gula, air koktail dan garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga gula dan garam larut. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, kacau lagi sampai kuah tersebut sedikit pekat dan tutup api.
  4. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk.

Nota tambahan:

  1. Campuran buah dihidang bersama puding kastard dan kuah koktail.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lily April(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x